Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, January 21, 2011

Seringgit ke Seribu! (SKS)


"Seringgit boleh jadi seribu ringgit! "..."Apa lagi yang anda tunggu maka ayuh lah kita sama sama menjadi kaya. Kaya seorang tak adil,.."

"Saya tak mahu kaya sorang sorang , kita harus kaya bersama, ada ramai orang susah di sana, kita boleh bantu dan jadikan mereka kaya! Ingat kita boleh jadikan mereka kaya! Kaya ! "..

"Ingat dalam masa sekelip mata seringgit anda boleh jadi seribu dan kalau anda kerja lebih sikit mungkin boleh jadi sejuta! Berapa? Sejutaaaaa...dengar tak?

"Sejutaaa!!!!....Kalau kita kerja , belum tentu gaji kita boleh dapat banyak tu.....Saya pasti kita tak dapat banyak tu. "

"Daftar lah diri anda, dan jangan ingat anda daftar sebagai partner tetapi sebagai bakal orang kaya, bakal penolong dan pembasmi kemiskinan, bakal penyelamat, dan bukan susah untuk mencapai nya,"

"Hanya isikan sehelai borang dan anda telah menuju ke lorong kekayaan, kemewahan dan dunia baru! "

"Dunia yang indah, dunia yang bakal membuatkan anda di puja kerana membasmi kemiskinanan, dunia yang anda akan perolehi segala nya, seperti kereta mewah boleh empat pintu atau dua pintu boleh ada bumbung dan boleh tanpa bumbung! , rumah bak istana bersama orang gaji , taman bunga subur dengan haruman pelbagai bunga, kolam renang untuk bersantai, dan anda hanya perlu berusaha 10 jam sahaja seminggu berbanding dengan waktu kerja 8 jam sehari kali dengan 6 hari seminggu iaitu 48 jam! 10 jam untuk pendapatan yang melebihi 48 jam ! Saya pasti lebih!"

"Saya tak mahu suruh tepuk dada tanya selera, kerana saya mahu anda tepuk tangan kerana anda akan jadi senang, kaya dan bakal mencipta sejarah! " ..."Tak guna asyik tepuk dada tanya selera"... "Tepuk lah tangan anda kerana anda sedang menujui ke arah nya! Arah yang anda akan lihat wang di ATM machine bertambah dan tidak sekali kali berkurangan! ".." Kalau dulu dua minggu sekali, sekarang 2 hari sekali pun boleh tekan tekan"!

"Dengan sekeping borang ini, anda akan dapat memegang cek !".."Bukan sekali tetapi kerap kali"!
"Buka akaun bank anda sekarang, dan bila anda membuka akaun anda, fikir kan lah ia sebagai pintu kejayaan dan bukan sekeping buku akaun semata mata! "

"Ingat, Bukan buku bank tetapi nama nya ialah Ringgit In ! " .....
"Ingattttttttttt Ringgittttttttttt Innnnn.....Ok!"

"Dengan sekeping borang dan lima minit sahaja untuk dipenuhkan anda sudah ke arah pintu Ringgit In! Dan bukan baru bermula!" " Sudah Hampirrrr..."!

"Tiada paksaan berapa patut anda laburkan, kerana kejayaan bukan lah journey tetapi satu destinasi! Kita harus cepat sampai ke Destinasi"! "Untuk sampai cepat, anda harus cepat !".... "Sebenar nya ia bukan pelaburan, perkataan pelaburan tidak tepat tetapi ia adalah tiket tempahan ke IMPIAN ANDA"!

"Apa dia?" ..."Ia adalah tiket tempahan ke IMPIAN ANDA"!

"Dan saya pasti tiket itu boleh buat anda ke IMPIAN ANDA kerana anda yang hadir hari ini kelihatan penuh potensi, penuh usaha, dan bagaikan berlian yang kira nya di gilap anda pasti terang dan bersinar malah berlian itu akan kemudian nya akan di puja kerana tidak kaya seorang tetapi bersama!" ..."Anda adalah wira dunia, anda adalah wira yang membasmi kemiskinan diri dan orang lain dan anda sedang menuju ke arah itu!"

Aha ....pernah dengar tak? Amacam , Masterji ada talent tak buat skim macam tu? Ha ha ha , pasti perasaan anda menyala nyala kan?

Tak jangan risau, Masterji tak ajak masuk apa apa skim. Kat atas tu sampel aje.

Apa pun skim mungkin datang dari niat yang baik dan jujur, dan yang pasti nya memerlukan sokongan dan sumbangan daripada ramai orang. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang dan ada yang asyik bertukar tukar dari satu MLM ke satu MLM lain.

Masterji tak halang cuma beri pesanan agar berhati hati dan sebagai bakal pelabur atau ahli anda boleh lah buat pemeriksaan awal tentang kewujudan sesuatu syarikat itu dan kesahihan nya. Ahli keluarga yang lain atau yang terdekat harus lah pantau dengan dekat kerana akibat perasaan yang menyala nyala itu atau pun wang pelaburan untuk tempah tiket ke IMPIAN ANDA itu lebur dan tiada pulangan walaupun satu sen, anda atau ahli keluarga boleh jadi "Fius Blow", datang kan masalah stress dan abnormal. Akibat dari perasaan yang menyala nyala kalau tidak di kawal bisa mendatang kan banyak masalah. Berangan berkaitan impian tak salah, tetapi pastikan waktu sembahyang kita tepati dan imbangkan angan angan dengan ibadat kerana dikhuatiri akibat terlalu banyak mengikut angan angan nanti banyak benda lain yang masuk.

Mungkin ada yang mengeluarkan seluruh simpanan untuk menempah tiket ke IMPIAN ANDA . Mungkin simpanan untuk tujuan perubatan diri sendiri, simpanan untuk perkahwinan anak, simpanan untuk pelajaran anak, simpanan untuk pembedahan isteri atau suami, atau simpanan untuk membeli sebuah rumah kecil dan kereta kecil demi permulaan sebuah kehidupan. Maka buat lah pertimbangan dan pemeriksaan yang sewajar nya sebelum melabur atau menjadi ahli. Setiap keputusan hidup kadang ada baik ada buruk nya. Jangan bersedia menerima yang baik sahaja tetapi bersedia lah menerima yang buruk dan jangan lah jadi stress. Bila anda stress ramai yang ahli keluarga anda yang susah. Kalau sudah berkahwin , suami, atau isteri dan anak anak yang terlibat dalam masalah stress anda , akan susah dan sedikit sebanyak berasa malu.

Berangan nak jadi kaya tak ada masalah, cuma berhati hati dek akibat terlebih berangan bisa buat kita terus terusan dalam angan angan sahaja dan dah tak kenal sesiapa lagi.

Benar kalau boleh kita ingin jadi yang teratas, tetapi kalau tak boleh, cari yang paling buruk dan bersyukurlah kita masih lebih baik daripada yang terburuk.

Mungkin ada banyak masalah hutang dan ingin cari jalan penyelesaian segera. Maka tempah tiket ke IMPIAN ANDA jadi sandaran. Kadang kita harus berbelanja mengikut poket kita. Jangan risau pandangan jiran tetangga atau saudara mara, yang mengatakan kita miskin lah, rumah kecik lah, kereta kecik lah kerana apabila anda terlantar di hospital kerana terlalu stress atau kuat bekerja kerana nak langsaikan hutang yang sekadar nak bertanding dengan jiran atau nak dapatkan pujian daripada saudara mara atau lain lain , akan hanya ada yang tersayang sahaja di sisi bukan pemuji. Yang susah pun adalah anda dan keluarga anda. Tanpa ketenangan , prestij hanyalah pembaziran dan apa guna rumah bak istana jikalau tabiat tiada kemuliaan.

Memanglah hidup kena berhutang, tetapi hutang yang wajib , hutang yang masih boleh buat kita tenang untuk melalui kehidupan seharian bersama keluarga, beribadat dengan selesa tanpa gangguan fikiran dan sedikit keriangan dalam diri kita.

Kalau kita tak mampu nak pakai kereta besar, pakai lah kereta yang kecil , Malaysia telah menyedia kan pilihan kereta yang pelbagai mengikut taraf dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia. Perkara asas nak pakai kereta ni adalah untuk mudah membawa anak atau isteri kira nya sakit di tengah malam, sewaktu hujan lebat, ataupun tak perlu lah kita berpanas. Itu Nawaitu asas untuk kita berkereta bukan sebagai tayangan taraf kehidupan. Kalau tanya dengan Masterji, tiada ada apa yang boleh dibangga kan kerana kita rasa syok nak tayang kereta besar atau yang special sikit tetapi kita lupa ada yang lebih kaya dah pakai Helikopter, so tak kan kita nak berhutang lagi untuk beli Helikopter pulak. Ibu Bapa di kampung masih dalam kemelut rumah bocor kerana air hujan masuk dalam rumah tetapi kita , dengan special car kita ke hulu hilir. Hutang bertambah dan kita jadi susah.

Mungkin ada ramai kaum isteri yang bekerja sudah tak sihat atau punyai sakit yang kronik. Harus menjadi surirumahtangga untuk berehat tetapi harus bekerja untuk menampung hutang hutang yang tak sepatut nya. Ini buatkan mereka akan terus lemah dan tidak sihat. Mungkin kita boleh pertimbangkan. Memang hutang tak dapat lari daripada kehidupan manusia , tetapi berhutang lah dengan kemampuan poket kita.

Di akhir hari, apa yang sebenar nya kita mahukan dari kehidupan ini. Kemelut atau kebahagiaan.

Entri hari ini, kita belajar bersama ya. Untuk diri saya juga sendiri.

Nak masuk apa skim pun terpulang , cuma adakah ia sesuai pada kemampuan anda dalam menangani risiko. Kalau menjadik ok, kalau tak ? Kalau anda bersedia melihat yang baik dan belajar lah bersedia menerima yang buruk. Itu sahaja pesanan Masterji.

Pn Noor Jahan terimakasih untuk komen dalam entri Last Minute. Ha ha ha Ramai yang call Masterji dan gurau pasal tu.

Cantik petikan perkataan Pn Noor Jahan dalam komen tu, Last Minute job harus di hapuskan. Thank you.

Pada yang lain, Masterji ucap kan terimakasih kerana sudi membaca dan luangkan masa.

3 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

ha..ha...tergelak saya sebab saya juga pernah berangan sekejapan suatu ketika dulu...lebih kurang mcm tulah ayat2 yg ditabur....

Tapi mungkin rezeki kita bukan kat MLM....so kenalah terus berusaha. Tapi ramai gak yg menjadi dgn MLM ni. Mcm mana tu ye?? MLM yg betul tu memang kena berusaha bertungkus lumus gak...bukan ia dtg bergolek. Ckp mmg mcm senang tapi pernah tengok rakan berjaya ke satu tahap...mmg dahsyat kerja mereka. Saya memang tabik sapa yg berjaya melalui MLM yg betul. Semangat kuat, kerja fokus pd target, good teamwork, perancangan & perlaksanaan yg baik!!!

Ramai yg pandang serong kat MLM skrg ni sb dah byk sgt timbul MLM palsu....itu yg bermasalah....

sonia shakir said...

MLM...Meniaga Larut Malam. Keluar rumah malam-malam..awal pagi baru balik..betul? Apa pun alasan "insan-insan berjaya" ini..saya rasa ini bukan dunia saya lah. Nampak kelibat orang MLM ni pun, saya akan lari jauh-jauh. Takpa...terimakasih je lah ya... Cik Jahan, MLM pun ada yang palsu ke. Macamana tu ye..

one said...

Salam masterji,

Nak jugak komen sikit. Nothing can be gain in shortcut. MLM nie selalu untung kepada yang masuk dulu dan yang kemudian nya dapat air liur aje lah.

Di Malaysia nie susah nak jumpa orang yang nak berkongsi kejayaan dgn org lain. Kalau jumpa lombong emas, bila dah abis korek baru cerita kat orang. So my advice jarakkan diri anda dari MLM jika boleh spt saya. Sampai ari nie x pernah masuk mana2 MLM.

Rgds